18 Mac 2016 - 23:15

Amerika mengakui secara rasmi jenayah ISIS membunuh golongan Syiah

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Setiausaha Agung Amerika Syarikat, John Kerry mengaku secara rasmi bahawa kumpulan pengganas ISIS telah melakukan jenayah terhadap minoriti agama di Timur Tengah pada hari Khamis lalu.

Beliau berkata demikan dalam ucapan khas mengenai tatacara Amerika memerangi kumpulan pengganas ISIS. Kerry mendakwa gerakan anti terrorisme yang disepakati beberapa negara di peringkat antarabangsa menyebabkan kumpulan tersebut telah berundur sebanyak 20 % di Syria dan 40 % di Iraq.

Menyentuh tentang jenayah ISIS, beliau berkata, "ISIS telah menculik ribuan perempuan Yazidi. Mereka ini dilelong dan sebahagiannya diperkosa. ISIS membunuh golongan Kristian kerana agama. Gereja-gereja mereka dibakar, perempuan-perempuannya di tawan dan diperkosa di hadapan keluarganya."

"Berasaskan akidah ISIS, Yazidi adalah penyembah syaitan dan Syiah adalah kafir. Golongan ini diangggap sebagai musuh," jelas Setiausaha Agung Amerika sambil menambah, "Berasaskan penilaian saya, ISIS telah melakukan pembunuhan besar-besaran ke atas golongan Yazidi, Kristian dan Syiah. Selain itu mereka juga melakukan jenayah yang sama terhadap sebahagian golongan Sunni dan Kurd."